Ya, aku mahu kurus. Dahulu berat aku hanya 46-48kg sahaja. Sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki ke Universiti. Sekarang berat aku dalam 70kg. Jangan terkejut, memang berat aku naik dengan mendadak year by year. Aku juga mula menyedari apabila banyak baju-baju yang ada aku tidak padan lagi.
Beberapa minggu yang lepas aku mengikuti satu diet yang aku fikir agak drastik dan kurang betul. Aku hanya boleh makan kalori sahaja. Karborhidrat dilarang sama sekali. Glukosa atau apa sahaja jenis gula walaupun di dalam buah juga dilarang makan. Kiranya aku hanya boleh makan ayam, telur rebus, mayonis, salad, ikan dan udang sahaja. Maka selama tiga hari aku pun ikutlah pantang yang telah diberikan. Benar dalam masa 2 hari aku boleh turun sampai 3kg. Namun apabila masuk hari ketiga aku tidak sanggup lagi kerana:
1. Badanku sangat letih.
2. Jantung berdegup dengan lebih kencang
3. Kepala sangat pening
4. Tubuh badan rasa seram sejuk seperti mahu demam.
Oleh yang demikian, aku mula merasakan diet ini tidak sesuai dengan aku. Aku pun berhenti dan makan nasi. Dalam 2 hari selepas aku makan nasi baharulah keadaan aku boleh kembali seperti normal.
Ya, diet ini sangat menjadi tapi aku terpaksa menggadaikan kesihatan dan juga kegembiraan. Jadi aku membuat keputusan aku tidak mahu mengikut diet ini Biar aku comel sedikit tetapi aku gembira.
Selepas ini aku akan mengamalkan diet yang sihat sahaja seperti:
Amalkan pemakanan yang sihat.
Amalkan memakan buah-buahan. Kurangkan nasi dan lebihkan pengambilan protein serta buah-buahan. InsyaAllah pasti boleh berjaya. Jangan lupa banyakkan minum air putih.
Selamat mencuba buat diri aku..yeah!


0 comments:
Post a Comment