Sunday, November 28, 2010 | By: Saya Marliana

Saya mahu kurus!

Salam sejahtera,


Ya, aku mahu kurus. Dahulu berat aku hanya 46-48kg sahaja. Sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki ke Universiti. Sekarang berat aku dalam 70kg. Jangan terkejut, memang berat aku naik dengan mendadak year by year. Aku juga mula menyedari apabila banyak baju-baju yang ada aku tidak padan lagi.


Beberapa minggu yang lepas aku mengikuti satu diet yang aku fikir agak drastik dan kurang betul. Aku hanya boleh makan kalori sahaja. Karborhidrat dilarang sama sekali. Glukosa atau apa sahaja jenis gula walaupun di dalam buah juga dilarang makan. Kiranya aku hanya boleh makan ayam, telur rebus, mayonis, salad, ikan dan udang sahaja. Maka selama tiga hari aku pun ikutlah pantang yang telah diberikan. Benar dalam masa 2 hari aku boleh turun sampai 3kg. Namun apabila masuk hari ketiga aku tidak sanggup lagi kerana:


1. Badanku sangat letih.
2. Jantung berdegup dengan lebih kencang
3. Kepala sangat pening
4. Tubuh badan rasa seram sejuk seperti mahu demam.


Oleh yang demikian, aku mula merasakan diet ini tidak sesuai dengan aku. Aku pun berhenti dan makan nasi. Dalam 2 hari selepas aku makan nasi baharulah keadaan aku boleh kembali seperti normal.


Ya, diet ini sangat menjadi tapi aku terpaksa menggadaikan kesihatan dan juga kegembiraan. Jadi aku membuat keputusan aku tidak mahu mengikut diet ini Biar aku comel sedikit tetapi aku gembira.


Selepas ini aku akan mengamalkan diet yang sihat sahaja seperti:
Amalkan pemakanan yang sihat.

Amalkan memakan buah-buahan. Kurangkan nasi dan lebihkan pengambilan protein serta buah-buahan. InsyaAllah pasti boleh berjaya. Jangan lupa banyakkan minum air putih.

Selamat mencuba buat diri aku..yeah!


Satu bab lagi!

Aku masih ada satu bab lagi untuk novel usahawan cilik Batik datuk K yang masih belum aku siapkan. Hmm satu bab ini membuatkan aku lost dan tidak ada idea. Walhal, plot semuanya semua ada cuma mahu menggarapnya sahaja. Rasa seperti malas sangat nak buat. Tolonglah wahai idea kreatifku, tolonglah hadir. Aku sudah berjanji dengan editornya mahu menyiapkan novel ini sebelum aku mendirikan rumah tangga. Aku masih ada 24 hari sahaja lagi bagi menyiapkan kerja ini.


Mari idea, mari datang....
Tuesday, November 23, 2010 | By: Saya Marliana

Sahabat kegembiraan semata-mata

Assalamualaikum semua,
Membaca tajuk entri ini pasti membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh saya. Sahabat, ertinya mereka yang sentiasa bersama dengan kita tidak kira melalui apa jua cara dan dalam keadaan apa sekalipun. Saya mempunyai dua orang sahabat baik yang sentiasa ada dengan saya dikala saya kesusahan dan gembira.
Adila, saya sayang dia. Dia adalah sahabat yang sentiasa menjadi penyokong saya, pembakar semangat dan saya sayang dia. Saya tahu setiap kali saya dalam kesusahan dia pasti akan ada walaupun dengan hanya menghantar SMS. Dila tinggal di Kedah, jadi jarak antara kami agak jauh. Perwatakan Dila dan aku sangat berbeza, sama ada dari segi fizikal dan perangai. Aku jenis yang happy go lucky, agak pandai bergaya, peramah dan gila-gila. Manakala Dila jenis yang pendiam, alim, suka baca novel dan tulis novel (ini saya seperti saya)

31 hari lagi!

Assalamualaikum,
Masa berlalu dengan begitu pantas hingga aku sendiri tak sedar.
Aku punya masa selama 31 hari lagi untuk bergelar isteri kepada Mohamad Hafiz Zakariya.
Bersediakah aku?
Entahlah aku sendiri tak pasti. Tak tahulah bagaimana nak describe perasaan aku ini.
Cuma aku sangat risau dengan kewangan dan juga segala persiapan untuk hari bahagia itu nanti.
Aku harap semua berjalan dengan lancar.
Barang-barang hantaran semuanya sudah siap. Terima kasih kepada abang iparku yang sanggup menabur idea dan menzahirkannya kepada gubahan hantaran yang istimewa itu. Nanti akan poskan di blog ini buat tatapan semua ya.
Tanggungjawab?
Rasanya saya sudah bersedia untuk memikul segala tanggungjawab. Insyaallah semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan bakal suami. Moga kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. amin.


Ya Allah ya Tuhanku, kau berkatilah majlis kami.
Permudahkan segala urusan kami.
Berilah kami rezeki yang berganda-ganda,
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat..amin.