Monday, November 24, 2014 | By: Saya Marliana
Assalamualaikum,

Alhamdulillah Allah masih meminjamkan saya nyawa untuk saya bertahan dan bernafas di bumi Allah yang luas ini.

Sudah hampir tiga tahun lebih saya bergelar suri rumah sepenuh masa. Berbakti dengan sepenuh jiwa raga untuk suami tersayang dan juga anak-anak yang hensem. Terima Kasih ya Allah kerana memberikan saya kekuatan dan rezeki yang tak pernah putus dalam kami membesarkan anak-anak.

Walaupun menjadi suri rumah bukanlah impian saya namun saya sangat bersyukur. Semua kejadian yang berlaku dalam hidup ini sudah ada aturannya. Kita manusia hanya merancang, tetapi sebaik-baik perangcang adalah Allah.

Ok, sudah ada dua orang hero-hero hensem dalam hidup saya. Baru ada kesempataan nak berblog semula...hmm banyak cerita hidup saya yang saya nak abdikan di sini...next time...Insyaallah..untuk memori anak-anak juga bila mummy sudah tiada nanti..

Saya belanja gambar-gambar hero-hero saya ya.. :-)


Inillah hero-hero saya, si sulung Muhammad Zahin Nidal dan yang adik Muhammad Ariq Nidal




Family kecil saya. Moga kami kekal bahagia hingga ke jannah..amin.




Harta dunia yang sangat bernilai..sayang kamu bertiga!

Sunday, November 28, 2010 | By: Saya Marliana

Saya mahu kurus!

Salam sejahtera,


Ya, aku mahu kurus. Dahulu berat aku hanya 46-48kg sahaja. Sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki ke Universiti. Sekarang berat aku dalam 70kg. Jangan terkejut, memang berat aku naik dengan mendadak year by year. Aku juga mula menyedari apabila banyak baju-baju yang ada aku tidak padan lagi.


Beberapa minggu yang lepas aku mengikuti satu diet yang aku fikir agak drastik dan kurang betul. Aku hanya boleh makan kalori sahaja. Karborhidrat dilarang sama sekali. Glukosa atau apa sahaja jenis gula walaupun di dalam buah juga dilarang makan. Kiranya aku hanya boleh makan ayam, telur rebus, mayonis, salad, ikan dan udang sahaja. Maka selama tiga hari aku pun ikutlah pantang yang telah diberikan. Benar dalam masa 2 hari aku boleh turun sampai 3kg. Namun apabila masuk hari ketiga aku tidak sanggup lagi kerana:


1. Badanku sangat letih.
2. Jantung berdegup dengan lebih kencang
3. Kepala sangat pening
4. Tubuh badan rasa seram sejuk seperti mahu demam.


Oleh yang demikian, aku mula merasakan diet ini tidak sesuai dengan aku. Aku pun berhenti dan makan nasi. Dalam 2 hari selepas aku makan nasi baharulah keadaan aku boleh kembali seperti normal.


Ya, diet ini sangat menjadi tapi aku terpaksa menggadaikan kesihatan dan juga kegembiraan. Jadi aku membuat keputusan aku tidak mahu mengikut diet ini Biar aku comel sedikit tetapi aku gembira.


Selepas ini aku akan mengamalkan diet yang sihat sahaja seperti:
Amalkan pemakanan yang sihat.

Amalkan memakan buah-buahan. Kurangkan nasi dan lebihkan pengambilan protein serta buah-buahan. InsyaAllah pasti boleh berjaya. Jangan lupa banyakkan minum air putih.

Selamat mencuba buat diri aku..yeah!


Satu bab lagi!

Aku masih ada satu bab lagi untuk novel usahawan cilik Batik datuk K yang masih belum aku siapkan. Hmm satu bab ini membuatkan aku lost dan tidak ada idea. Walhal, plot semuanya semua ada cuma mahu menggarapnya sahaja. Rasa seperti malas sangat nak buat. Tolonglah wahai idea kreatifku, tolonglah hadir. Aku sudah berjanji dengan editornya mahu menyiapkan novel ini sebelum aku mendirikan rumah tangga. Aku masih ada 24 hari sahaja lagi bagi menyiapkan kerja ini.


Mari idea, mari datang....
Tuesday, November 23, 2010 | By: Saya Marliana

Sahabat kegembiraan semata-mata

Assalamualaikum semua,
Membaca tajuk entri ini pasti membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh saya. Sahabat, ertinya mereka yang sentiasa bersama dengan kita tidak kira melalui apa jua cara dan dalam keadaan apa sekalipun. Saya mempunyai dua orang sahabat baik yang sentiasa ada dengan saya dikala saya kesusahan dan gembira.
Adila, saya sayang dia. Dia adalah sahabat yang sentiasa menjadi penyokong saya, pembakar semangat dan saya sayang dia. Saya tahu setiap kali saya dalam kesusahan dia pasti akan ada walaupun dengan hanya menghantar SMS. Dila tinggal di Kedah, jadi jarak antara kami agak jauh. Perwatakan Dila dan aku sangat berbeza, sama ada dari segi fizikal dan perangai. Aku jenis yang happy go lucky, agak pandai bergaya, peramah dan gila-gila. Manakala Dila jenis yang pendiam, alim, suka baca novel dan tulis novel (ini saya seperti saya)

31 hari lagi!

Assalamualaikum,
Masa berlalu dengan begitu pantas hingga aku sendiri tak sedar.
Aku punya masa selama 31 hari lagi untuk bergelar isteri kepada Mohamad Hafiz Zakariya.
Bersediakah aku?
Entahlah aku sendiri tak pasti. Tak tahulah bagaimana nak describe perasaan aku ini.
Cuma aku sangat risau dengan kewangan dan juga segala persiapan untuk hari bahagia itu nanti.
Aku harap semua berjalan dengan lancar.
Barang-barang hantaran semuanya sudah siap. Terima kasih kepada abang iparku yang sanggup menabur idea dan menzahirkannya kepada gubahan hantaran yang istimewa itu. Nanti akan poskan di blog ini buat tatapan semua ya.
Tanggungjawab?
Rasanya saya sudah bersedia untuk memikul segala tanggungjawab. Insyaallah semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan bakal suami. Moga kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. amin.


Ya Allah ya Tuhanku, kau berkatilah majlis kami.
Permudahkan segala urusan kami.
Berilah kami rezeki yang berganda-ganda,
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat..amin.
Monday, October 25, 2010 | By: Saya Marliana

Buat Hantaran

Salam,
Sihat semua?
Semalam selepas pulang sahaja dari kerja aku dan Ecah (rakan serumahku) menuju ke Kesis, iaitu kedai yang menjual pelbagai aksesori untuk hantaran perkahwinan. Aku dan Ecah bagai orang gila memilih mana yang berkenan di hati dan sesuai dengan poket aku..hihi.
Terima kasih ya Ecah sebab teman Mar ya. Nasib baik Ecah ada, boleh dia bagi pandangan dan tolong match yang mana ok. Kalau harapkan aku seorang sahaja maklumlah kadang-kadang idea tak mahu keluar.
Malam tu pula aku dan Ecah dibantu oleh Nayu (juga rakan serumahku) bersama-sama membuat plate hantaran. Bangga, cantiklah pula. Tetapi nayu hanya tolong bising je, bukan dia yang buat. Aku dengan Ecah yang buat..haha. Nayu pula tak sabar nak kahwin bila lihat aku sibuk buat hantaran. Siap dah pilih color tema lagi.
Ok kawan-kawan sekiranya hantaran aku dah siap, nanti aku kasi kalian semua lihat ya.
Nantikan...hehe.
Papai.

Dia bukan kawan baik aku lagi

Salam semua,
Saya nak beritahu pada semua dia bukan kawan baik saya lagi. Mulai hari ini saya tak mahu dia menyibuk hal saya lagi. Saya memang begitu terasa dengan apa yang dia lakukan pada saya. Sia-sia saya sering membantu dia dalam kesusahan tetapi apabila aku dalam kesusahan dia tak pernah ada untuk membantu. Cuma apa yang boleh aku katakan aku dan dia tidak akan menjadi sahabat baik lagi. Terima kasih lah sebab pernah hadir seketika memeriahkan hidup aku.
Aku tidak tahulah mengapa kini aku langsung tidak boleh menerima kau semula dalam hidup aku. Apa yang paling aku ingat saat aku dalam kesusahan, di kala hujan yang sangat lebat ditambah dengan kilat sabung-menyabung dan dentuman petir yang kuat aku mohon pertolongan kau tetapi langsung kau tiada. Aku berterima kasih pada sahabat yang aku kira dia boleh sahaja menolong aku di kala aku memerlukan pertolongan. Terima kasih ya Kak kerana tolong saya.
Buat kau pula, kau hanya boleh jadi sahabat untuk bergumbira sahaja. Jika sahabat untuk aku mengadu masalah aku tidak akan cari kau. Anyway, aku ucapkan selamat maju jaya pada kau. Aku tidak sesekali membenci kau cuma aku terkilan dengan sikap kau. Aku doakan kau berjumpa dengan orang bisa memahami kau seadanya. Cuma pesan aku, walau di mana kita berada, dengan siapa kita berkawan fahamilah hati insan-insan yang ada di sekeliling kita. Kadang kala mungkin dia sedang terluka dek perbuatan ataupun kata-kata kita. Hidup ini perlu ada sense of feeling dan sense of thingking.