Salam,
Sihat semua?
Semalam selepas pulang sahaja dari kerja aku dan Ecah (rakan serumahku) menuju ke Kesis, iaitu kedai yang menjual pelbagai aksesori untuk hantaran perkahwinan. Aku dan Ecah bagai orang gila memilih mana yang berkenan di hati dan sesuai dengan poket aku..hihi.
Terima kasih ya Ecah sebab teman Mar ya. Nasib baik Ecah ada, boleh dia bagi pandangan dan tolong match yang mana ok. Kalau harapkan aku seorang sahaja maklumlah kadang-kadang idea tak mahu keluar.
Malam tu pula aku dan Ecah dibantu oleh Nayu (juga rakan serumahku) bersama-sama membuat plate hantaran. Bangga, cantiklah pula. Tetapi nayu hanya tolong bising je, bukan dia yang buat. Aku dengan Ecah yang buat..haha. Nayu pula tak sabar nak kahwin bila lihat aku sibuk buat hantaran. Siap dah pilih color tema lagi.
Ok kawan-kawan sekiranya hantaran aku dah siap, nanti aku kasi kalian semua lihat ya.
Nantikan...hehe.
Papai.
Rama-rama itu cantik tetapi sayang hidupnya tak lama. Lebih baik rama-rama kertas. Buat cantik-cantik boleh simpan lama-lama.
Dia bukan kawan baik aku lagi
Salam semua,
Saya nak beritahu pada semua dia bukan kawan baik saya lagi. Mulai hari ini saya tak mahu dia menyibuk hal saya lagi. Saya memang begitu terasa dengan apa yang dia lakukan pada saya. Sia-sia saya sering membantu dia dalam kesusahan tetapi apabila aku dalam kesusahan dia tak pernah ada untuk membantu. Cuma apa yang boleh aku katakan aku dan dia tidak akan menjadi sahabat baik lagi. Terima kasih lah sebab pernah hadir seketika memeriahkan hidup aku.
Aku tidak tahulah mengapa kini aku langsung tidak boleh menerima kau semula dalam hidup aku. Apa yang paling aku ingat saat aku dalam kesusahan, di kala hujan yang sangat lebat ditambah dengan kilat sabung-menyabung dan dentuman petir yang kuat aku mohon pertolongan kau tetapi langsung kau tiada. Aku berterima kasih pada sahabat yang aku kira dia boleh sahaja menolong aku di kala aku memerlukan pertolongan. Terima kasih ya Kak kerana tolong saya.
Buat kau pula, kau hanya boleh jadi sahabat untuk bergumbira sahaja. Jika sahabat untuk aku mengadu masalah aku tidak akan cari kau. Anyway, aku ucapkan selamat maju jaya pada kau. Aku tidak sesekali membenci kau cuma aku terkilan dengan sikap kau. Aku doakan kau berjumpa dengan orang bisa memahami kau seadanya. Cuma pesan aku, walau di mana kita berada, dengan siapa kita berkawan fahamilah hati insan-insan yang ada di sekeliling kita. Kadang kala mungkin dia sedang terluka dek perbuatan ataupun kata-kata kita. Hidup ini perlu ada sense of feeling dan sense of thingking.

Setahun 2 bulan di PTS...
Salam bahagia buat semua,
Setahun 2 bulan aku di PTS PUBLICATION SDN BHD, Batu Caves, Selangor.
Dalam tempoh itu juga banyak perkara yang aku pelajari.
Tamat sahaja pengajianku di UiTM dalam bidang Ijazah Komunikasi dan Pengajian Media (Penerbitan), aku diterima masuk di PTS. Di situlah pelbagai pahit manis aku bergelar Editor terjadi.
Masih aku ingat lagi gaji pertama yang aku terima sewaktu aku berkhidmat di sana. Terasa terharu dan tak sabar nak bagi duit pada mak. Yalah, sebagai anak aku tahu duit bukan segala-galanya tetapi duit juga satu keperluan. Lebih-lebih lagi aku bukan berasal dari keluarga yang berada. Aku hanya insan biasa-biasa sahaja.
Lega hati mak aku bila duit itu kuberikan. Mak perlu tahu itu adalah tanda kasih dan sayangnya aku padanya. Aku yakin dia mengerti. Terima kasih mak sebab menyekolahkan aku dan memberi aku didikan yang sempurna yang tak mungkin aku akan jumpa di luar sana.
Bekerja di PTS mengajar aku mengenali manusia dengan lebih mendalam. Pelbagai ragam dan sifat manusia yang aku temui. Aku suka, kerana itu semua bisa menjadi pengalaman hidup yang sangat berharga.
Belajar, takkan sama dengan bekerja. Apabila bekerja, aku lebih mengenali skop kerja aku dengan lebih mendalam. Menjadi Editor, sangat bangga aku di kala itu. Alhamdullilah. Pengalaman bekerja pertama yang tak dapat aku lupakan. Nanti aku ceritakan apa itu Editor dan tugas-tugasnya supaya kawan-kawan lebih faham.
Tunangan Orang
Salam bahagia semua,
Saya doakan kalian sihat-sihat dan gembira.
Ini blog baru saya.
Blog lama? Oh blog lama saya sudah delete. Kenapa? Hmm adalah kisah di sebaliknya.
Rasanya tak perlulah saya ceritakan di sini.
Pertama sekali,
Saya ingin memperkenalkan diri sendiri sebagai tunangan orang semenjak 11 Julai 2009.
Sejak itu saya sudah separuh menjadi hak milik si dia. Belum penuh lagi kan? hehe.
Perasaan apabila bergelar tunang orang adalah sangat teruja. Yalah, di kala itu saya hanya berusia 23 tahun. Sebenarnya saya juga macam tidak percaya tetapi itu adalah hakikatnya.
Buat si dia yang sentiasa mekar di hati saya, saya sentiasa menyayangi awak.
Pada 25.12.2010 ini pula kami akan mendirikan rumah tangga. Selepas ini lagi banyak pula cabaran yang bakal mendatang. Harap semuanya ok kan...Insya-Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)