Sunday, October 3, 2010 | By: Saya Marliana

Setahun 2 bulan di PTS...

Salam bahagia buat semua,
Setahun 2 bulan aku di PTS PUBLICATION SDN BHD, Batu Caves, Selangor.
Dalam tempoh itu juga banyak perkara yang aku pelajari.
Tamat sahaja pengajianku di UiTM dalam bidang Ijazah Komunikasi dan Pengajian Media (Penerbitan), aku diterima masuk di PTS. Di situlah pelbagai pahit manis aku bergelar Editor terjadi.
Masih aku ingat lagi gaji pertama yang aku terima sewaktu aku berkhidmat di sana. Terasa terharu dan tak sabar nak bagi duit pada mak. Yalah, sebagai anak aku tahu duit bukan segala-galanya tetapi duit juga satu keperluan. Lebih-lebih lagi aku bukan berasal dari keluarga yang berada. Aku hanya insan biasa-biasa sahaja.
     Lega hati mak aku bila duit itu kuberikan. Mak perlu tahu itu adalah tanda kasih dan sayangnya aku padanya. Aku yakin dia mengerti. Terima kasih mak sebab menyekolahkan aku dan memberi aku didikan yang sempurna yang tak mungkin aku akan jumpa di luar sana.
      Bekerja di PTS mengajar aku mengenali manusia dengan lebih mendalam. Pelbagai ragam dan sifat manusia yang aku temui. Aku suka, kerana itu semua bisa menjadi pengalaman hidup yang sangat berharga.
Belajar, takkan sama dengan bekerja. Apabila bekerja, aku lebih mengenali skop kerja aku dengan lebih mendalam. Menjadi Editor, sangat bangga aku di kala itu. Alhamdullilah. Pengalaman bekerja pertama yang tak dapat aku lupakan. Nanti aku ceritakan apa itu Editor dan tugas-tugasnya supaya kawan-kawan lebih faham.

0 comments:

Post a Comment